BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......

05 June 2015

RAMADHAN TIBA 2015

salam alaikum..

Ramadhan kian menjelang.. azam kini terlintas dibenak fikiran.  apakah tercapai segala hasrat dan keinginan? ^_^

 bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa... agar segala amalan ikhlas hanya untuk Allah.. agar ramadhan kali ini menjadi salah satu medan untuk memulakan aturan istiqamah terbaik dan di susuri kepada bulan berikutnya sehingga diberi kesempatan untuk berjumpa dengan ramadhan akan datang.... 💪

jangan bebankan diri dengan mencari-cari apakah amalan terbaik untuk dilakukan ketika ramadhan sehingga kita terkejar-kejar untuk membuat pelbagai amalan dalam satu masa, akan tetapi berazamlah untuk memilih salah satu amal baik untuk di praktikkan dan menjadi suatu aliran dalam hati untuk dapat kita kekalkan kebaikannya menjelang bulan-bulan akan datang.. ^_^

 semoga dengan hadirnya ramadhan kali ini menjadikan ia titik mula untuk melangkah ke satu tingkat baru demi mendapatkan redho Allah sebagai hambanya yang sentiasa bersyukur...  jzkk

 Fa'idza Adzamta fatawakkal'alallah

(Stelah kmu brazam maka bertawakallah pd Allah)

^_^

01 November 2013

sedikit perkongsian dan buah fikiran.

kisah seorang sahabat yang dilema untuk menentukan matlamat selepas habis belajar.. dimanakah masa depan?? bagaimanakah dengan kehidupan ?? apakah jalan keluar ??
kesinambungan cerita yang panjang di ringkaskan kpd yang berisi  ^_^

Su :

Jeles tengok kau
Dah tau dah kau nak buat ape dlm hdup kau
Jeles dgn matlamat kau

Halim :

huhu... ape plak nak jeles su..
kau pon dah boleh plan dah dari sekarang..
bila keluar sok dak ade preparation..
tak perlu nak menanti cari keje..
ya memang qualified menentukan kerjaya masing2...
tapi rezeki tak boleh ditentukan dgn qualified semata..
kene plan juga...
kite sume hidup mmg flexible untuk nak buat apa je yang kite nak buat..

Su :

Tulah Kena rancang dari sekarang. Tp skrg nie tak tau nak keje nak sambung master.

Halim :

kalau nak makan gaji, kene makan sampai kenyang..ehehe..
buat sampai PHD..
bukan nak melemahkan..
coz now adays..
terlalu banyak saingan untuk bekerja mengikut qualifies..
macam aku ni diploma lagi lah tak berapa nak tip the top gajinya..
dengan kos sara hidup sekarang..

Su :

Mmg betol pon
Aku skrg nie kat tengah simpang. Antara nak dgnr ckp family atau ckp diri sendiri.
Kena fikir dari skrg nie ha
Kau laki lagilah kan kena buat preparation
Tanggungjwb kat family sume



Halim :

bagi aku belajar takkan putus...
sbb matlamat aku tidak pada qualified.. tapi pada persediaan

Su :

Persediaan cm mane?

Halim :

persediaan untuk segala aspek dalam hidup..
that's y aku tak risau untuk menuntut ilmu kat mana2...
bila kita cari pasti akan terselak kat mana2..
so aku ikut jalan mcm bill gates.. hehe..
tapi version islam lah.. ikut syariat..
amin. bagi mereka yang berkebolehan dan di beri anugerah pada
qulified yang tinggi perlu jadikan ia sebagai batu loncatan untuk
mengubah kembali dunia kepada fitrah...

Su :

Amin.
Btl gak ckp kau tu
Tinggal kita sendiri je yg nk pilih mana

Halim :

yep... lagipun... kalau kite selidik balik...
macammana Allah turunkan nasib manusia ???
sebab sume orang terapkan cara pembelajaran yang di sistemkan...
macammana pula dengan orang yang lemah dalam masalah sistem ??
siapa yang menciptakan sistem di zaman kita ni ??
berbalik pada sirah ketamadunan islam... ulama' terdahulu, ibnu sina, dan lain2... para sahabat..
penuh ilmu tanpa ada batasnya..
kenapa kita tak mampu untuk mencari ilmu sebagaimana mereka yang dahulunya tidak diguna pakai sistem2 ni ??
so mereka decide untuk mencari matlamat untuk hidup.. dalm terus menggali ilmu...




itu yang membuatkan aku bukak mata lah.
yang intro pon naqib aku...
dia pon salah seorang ilmuan jugak..
seorang PHD dalam bukan islamic..
tapi dia rasa useless bila tak tahu langsung tentang matlamat hidup as muslim..
mungkin masa kecik2 kite pernah dengar... kalau sume nak jadi cikgu sape nak jadi tukang sapu ??
bukan nak kate untuk jadi tukang sapu...
tapi pilih jalan yang boleh melengkapkan hidup orang lain lebih baik...
itu lah matlamat asas hidup...

Su :

Thankx lim. Seriously mmg buat aku terfikir balik sume nie.

Halim :

eh just said Alhamdulillah..
segala puji hanya untuk Allah yang mengarahkan hamba-hambanya sampai2 kan antara satu dengan lain..
dan siket lagi..
bila sistem itu di create oleh manusia..
manusia takkan puas dengan sistem yang telah dia create sendiri..
sebab.. dia akan terus update sistem sehingga dia sendiri pun tak tahu dimana kemuncaknya...
dan akhirnya ??
akan memudaratkan orang2 yang baru nak mula..
baru nak mencari tapak..
dan lebih kesian orang yang lemah utk mengikut sistem..
itu lah speacialnye sistem yang telah Allah ajarkan pada nabi kita Muhammad S.A.W
telah memuratakan semua makhluk..
kalau kita tengokkan...
sitap nabi2 yang di utuskan ada zaman2 mereka sendiri...
dan kita di zaman mana ??

Su :

Tulah kan.

Halim:

zaman nabi muhammad..
so takda zaman selepas zaman nabi muhammad..
kenapa manusia berlumba-lumba untuk membina zaman mereka sendiri ??
zaman agogo ??
zaman retro ??
zaman rock ?
ahaha..
mengarut..
sepatutnya zaman tu perlu dibela sehingga sekarang..
tapi kita telahpun di lahirkan dalam zaman sekarang..
nak taknak kene terus hidup dan berjuang untuk kembali kepada fitrah..
sory lah memanjang-manjang plak coretan kata aku.. ^_^

Su :

Hahaha.
Tulah. Tp takpe. Aku tak kesah pon. At least ada jugak org tlg ingtkn aku..
btw thanks again atas perkongsian yang membina kesedaran kembali..

02 March 2013

lunasan PENDAPAT (cont)

semakin lama semakin ketandusan idea ?? mustahil.. cuma MALAS yang meliputi diri... stiap hari ada saja perlakuan yang berlainan cara dan pesen... pesen budak2 sekarang adalah seperti yang biasa dilihat sekarang... namun Alhamdulillah ada yang akan tersedar dan ada yang teruskan semacammana mereka...
namun... manusia ada zaman dan cara masing2... lahirnya seseorang, seperti semua bayi biasa... menangis dan meronta untuk dilayan dan dikendong.... agak kesian bila dilihat sesetengah nasib si bayi yang dilahirkan dilorong-lorong atau ditempat yang sepatutnya dinamakan TEMPAT LAHIR dalam "penyataan borang".. namun itulah hakikat... satiap angkara akan berlaku dan pasti akan tetap berlaku.. cuma yang membezakan adalah zaman, dan perkembangan arus kemodenan...

bila sampai ke satu tahap si bayi meningkat ke alam kanak-kanak.. disitu akan tercetus idea dari ibu bapa atau penjaga untuk mendidik dan memupuk jalan mana untuk seorang kanak2 contohkan... namun.. kesian untuk mereka yang dipupuk dengan cara yang salah atau erti kata lain jahil... akan tetapi.. bukan ibu bapa atau penjaga yang harus dipersalahkan... kerana mungkin zaman mereka juga senasib dengan sikanak2 ini....  mungkin juga "parents"/ penjaga kepada ibu bapa/penjaga kepada kanak2 ini juga senasib begitu...

maka atas dasar itulah yang diwasiatkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W untuk terus mengajak dan mendakwah pada mereka yang kurang ilmu atau jahil tentang agama... ISLAM untuk semua.. bukan untuk hanya yang dihantar keSANA, atau yang datang BEJEMAAH... selagi seseorang itu adalah sebagai manusia yang kita boleh sentuh dan lihat... maka WAJIB bagi kita mencontohi islam kepada mereka-mereka yang kekurangan... bukan disisihkan atau dicela, atau di berikan tidakan-tindakan yang tidak sewajarnya sebagai seorang PEMBIMBING... maka manusia saling memerlukan untuk sama-sama memenuhi ruang2 di syurga Allah... bila kita semakin berjihad untuk memperkembangkan agama Allah dengan tahan segala noda yang bakal diterima.. semakin Allah pandang usaha kita.. dengan niat... ikhlas kerana menyambung kerja-kerja nabi atas kerisauan UMATNYA....

bukan semua orang akan Allah taburkan hidayah terus kepada seseorang secara direct.. ada juga Allah hantar seseorang untuk mentarbiah seseorang yang lain untuk diberi ruang berfikir agar Allah taburkan hidayah kepadanya... jika seseorang laksanakan dengan pelajari agama dan untuk menyampaikan agama.. tabik SPRING selayaknya kepada seseorang itu... kerana menjalankan amanat sesuai dengan yang perlu dicontohi... Allah menurunkan berlainan nasib kepada setiap orang...

YES!! memang betul jika seseorang nakkan agama.. maka berusahalah untuk itu... dan betul Allah takkan mengubah nasib seseorang jika seseorang itu tidak usaha untuk mengubah nasibnya sendiri....
Akan TETAPI... bukan semua orang yang baik adalah betul2 baik... cuma Allah tidak beri peluang untuknya melakukan keburukan... dan untuk diterjemahkan pula... setiap orang akan menjadi sepertimana sesebuah komuniti itu terbina...

CONTOH: seorang anak cina dilahirkan dan diambil oleh keluarga muslim... disebabkan keluarga itu muslim, maka anak itu akan menjadi seseorang yang mengikut kepada keluarga itu...

kita keluar sedikit... berbalik dari kisah2 dan punca dari pembentukan keluarga... jika keluarga itu biasa2 je... dan duduk dikalangan orang biasa-biasa je... dan pulak duduk ditaman yang biasa-biasa je.. dan duduk plak dalam daerah yang biasa-biasa je... dan mungkin... mungkin ok duduk di negeri yang biasa-biasa je... bagaimana untuk dia tahu tentang islam seluruhnya ?? ya mungkin ada you tube, ada tv al hijrah, dan ada pak sheikh yang ramai... namun adakah mereka akan datang untuk berjumpa dan melihat semua itu ?? belum tentu.. bila seseorang tidak mengamalkan islam seluruhnya hatinya akan mati dan iblis akan terus menundukkan mereka.... bukan Allah tidak membantu.. akan tetapi Allah telahpun melepaskan IBLIS hingga ke hari kiamat untuk tujuan itu... makanya apa yang Allah pandang ?? Allah pandang pada usaha mereka yang HEBAT, ALIM dan mereka yang BIJAK untuk pergi mencari yang terus menterjemahkan tanpa rasa jemu.. pupukkan nilai islam disesebuah tempat yang dirasakan mati nilai islamnya...

KERANA APA kita perlu buat KERANA BAGINDA NABI sendiri keluar ke berhijrah kenegeri yang belum diterima islam seluruhnya untuk mengajar dan mengajak sama-sama hidup dalam suasana ISLAM... dan RASULULLAH pulang dengan membawa jemaah MADINAH untuk membentuk masyarakat MAKKAH dan untuk terima islam dan SEBARKAN ISLAM dihati mereka...

soo.. siapakah kita untuk tidak lakukan berbanding Rasulullah yang bersifat maksum ?? NABI MUHAMMAD disuruh oleh Allah maka dia melakukan... KITA pula disuruh oleh Allah dan disuruh oleh RASULULLAH.. tapi kita mengabaikan.. hanya sendirian...

HOHOHO... mungkin sesetengah orang yang membaca akan terpangil satu ayat untuk menyatakan..
budak ni tabligh lah ni... jemaah tabligh lah ni.... ahahaa

bukan untuk memujuk dan mengajak sesiapa untuk masuk kedalam komuniti mana pon.... namun.. slagi kita ISLAM dan berpegang pada AHLI SUNNAH WALJAMAAH... maka WAJIBLAH untuk kita bertabligh.... tabligh itu sendri dalam bahasa melayu bermaksud "menyampaikan" dan itu adalah satu sifat nabi... dan mungkin antara kita pernah terbaca satu hadith nabi... "SAMPAIKAN DARIKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT" tidak kisah dikomuniti mana pun kita... selagi berpandukan pada pegangan AHLI SUNNAH WALJAMAAH... maka kita kena sama-sama bertegur sapa dan sama membimbing dan memperingati... tak kesah komuniti apa yang ingin dibina.. selagi bertepatan dengan syarak dan dibimbing oleh guru yang betul.. maka ikutlah dan bukan bererti bersengketa dengan komuniti yang lain... kerana masing2 sama haluan untuk mencapai tahap redho dari Allah... bila ada perselisihan pendapat bermuzakarahlah cara aman (berpandukan Alquran dan Assunnah) dan terapkan Allah dalam stiap orang pasti terlepas dari persengketaan.. kerana persengketaan berpunca dari IBLIS dan IBLIS sangat gentar dengan Allah... sedangkan pengasas kepada Empat mazhab bagi umat islam pon terus  berguru sesama sendiri walaupun mereka adalah tonggak utama kepada penyebaran islam dalam membentuk kelompok islam majmuk selepas kewafatan nabi...





 

berusaha untuk menjaga KEWAJIPAN diikuti dengan SUNNAH RASULULLAH... inshaAllah hati akan tenang dan terhindar perkara yang mungkar.. dengan niat ikhlas beserta istiqamah dalam taat...

semoga kita tergolong dikalangan yang satu yang nabi pesankan... yakni sabda nabi...
"akan terpecah umatku kepada 73 golongan selepas kewafatanku.. hanya 1 dijanjikan syurga tanpa hisab... "

yang kafir pastinya terhindar dari syurga.. yang 72 tu pula masih lagi islam, dan masih lagi hebat iman mereka, para alim, para sheikh.. hanya amalan yang membezakan kita dan mereka.... mungkinkah kita digolongan 1,2,3,4.... atau 72 atau mungkin 73... hanya Allah dan RasulNya lebih mengetahui.... JAZAKALLAHUHAIRAN.... ^_^