BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......

20 December 2011

COME ON !!! baik beringat selalu dari tak teringat !

kenangan pahit mengajar kita untuk hidup lebih sempurna berbanding yang dulu... sesungguhnya Allah memelihara orang yang bertaubat... stiap langkah akan dipimpin dan dijaga oleh Allah, yang penting bertaubat sebenar-benar taubat... insyaAllah segala yang baik bakal menuggu dihadapan.. perpisahan frush menonggeng adalah sementara, tetapi penemuan ceria selalu akan berkekalan... come on !!! kejar haluan ke syurga, buat wall melebihi tembok besar china untuk keneraka...." jangan gelar ak seorang ustaz , yang penting bila hampa nak start... " kita merancang dan Allah juga turut marancang, perancangan kita hanya lah pre planning, tetapi perancangan Allah the greatest,terlatest dan terunggul... sgalanya bermula dengan niat... dengan nia t yang baik sahaja sudah diberi ganjaran pahala... tak salah untuk teruskan dengan perlakuan.... double pahala... itulah hadiah dariNYA yang kita tak perasan..... 


bak kata ustaz sistem ekonomi kewangan islam ak smalam.... bile nak ddating yang terakhir sebelom taubat ?? sempat tak agak2 ??? haha


duduk sejenak dan termenung mencari ketenangan !!!




jangan bersedih!! sesungguhnya Allah brsama dengan kita
cari kenikmatan hidayahnNYA..


18 December 2011

After That.. cOnti.... haha

hurrrrmmm.... amacam nih ??......
pergi bahagian emergency ingat setle dah... tapi doct pown tak pasti dengan ape yang dia nak pastikan...
PA CERITTT !!! tunggu berejam... hasil continue next two week appointment... amcam mau kira nih ???
masuk2 je bilik no 4... doct said.... "rasa sakit tak ?? kene x-ray lagi skali ni.. hard copy yang kamu bawak ni tak jelas lah... kite nak zoom kan kasi detail siket...., boleh eh ??" 

"baik doct, jap g datang sini balik ye ?? huhuhu... "
lepas dapat result.. dah dikatanya ade ketumbuhan plak yang dah memang sedia ada.. bile terkena dia jadi sakit lah.... structure tulang ak lain dari yang lain plak... hahah.. sound macam klaka plak tibe2....
"nak masuk wad tak ?? " "TAKNAK !!!"
k camni saya set kan kamu dengan next appointment k, lagi dua minggu datang balik.... jumpe pakar tulang yang btol2 pakar untuk sahkan.... hahaha.... smalam pg klinik kesihatan, suruh pg unit kecemasan kat hospital, jumpe pakar, sampai hospital pon tak selesai, disuruh jumpe betul2 pakar ni.... "puas gak lah ak dengar doct tadi bergaduh (berbincang) dalam phone nak tanye pasal masalah kaki ak ni... hurmm.. jawapan next twoo week lah....... HALAMAK!!! sape paling pakar ni ?? bak datang usya kaki ak tengok.. hahaha.......

Ummi call"
"ijan camne ?? ape doctor cakap ?? kalau masuk wad gtau ye, kalau ade ape2 operation pon gtau ye... gune kad pesara ayah...."
hahaha ok lah tu... lame sangat tak gune kad tu.. meh ak try gune....



17 December 2011

macam-macam HAL lah... ak reda.....

kasut oh kasut... baru kua kotak kau makan tuan... hehehe
salah diri sendiri nak salahkan kasut..
tu lah manusia.... (tengok cermin, itu lah ijan)
hehehehe...
dapat kasut baru, konon masuk court macam star...
baru lime minit kasut disarung dalam court,
terbelelek sudah... "syakir!, tuka....
terencut-encut ak kluar... ingatkan kejap je dah ok,
skali sampai dua jam main pon tak ok lagi..
memang bungkus lah balik sakut dalam kotak...
mule2 ingat boleh main balik, azmi dah perasan perubahan muke ak semacam diwaktu
lutut ak terbelah dulu... "arghhh ijan buat muke touching sudah..." tengok tu kir, dye buat dah macam aritu...
balik2 azmi ngadu kat naim.. hahahha...
ak jawab.. kali ni memang btol ak takleh main lah mi... " kau tengok lah tu main sume nk makan kaki tu..."
hahahahaha...
selang dua hari, iaitu hari ini jumaat lepas solat jumaat... (tak pg pon solat jumaat)
ak pg klinik... jumpe doktor, dan doktor suruh pg x-ray.... then masuk balik..
skali doktor pon konpius lah nak cakap camne lepas tengok hasil x-ray....

doktor : macam ni lah, kamu kene pg hospital jugak.. jumpe pakar tulang tok sahkan...
             kalau ikutkan ade crack ni.... tapi nanti pg hospital emergency eh... secepat yang mungkin...
             takut dah lame nanti makin terukk......

pergghh.. bunyi macam teruk plak sampai nak jumpe doktor pakar tulang bagai.. so esok nantikan hasilnye... tapi memang ade rase lah kat tulang.. ak rase memang retak lah... hahaha...

ade hikmah la ni... ingat tuhan jan, jangan takbur.. Allah Maha mengetahui dan mengadili tiap2 sesuatu....











15 December 2011

WANITA BERTUDUNG BONGGOL UNTA

heboh nak berbonggol.. ape yang nak ditonjonkan agaknye tah...




Akhir-akhir ini kita lihat ramai wanita yang bertudung dan menutup aurat. Alhamdulilah! sebab banyak yang sudah tahu menutup aurat. Tapi juga dengan fesyen terkini yang katanya mengikut pemakaian tudung dari wanita di negara timur tengah. Betul ke? Lagak dan gaya wanita yang memakai tudung bonggol unta kebanyakan nampak anggun sedikit canggih dari wanita yang bertudung biasa. Nak ditanya apakah fesyen ini pada wanita... memang tren ke skang ?? nak tinggi tinggi lagi.. haha..


ULASAN:

haram memakai tudung seperti berbonngol unta..dan mereka juga dianatara ahli neraka sbgai mana hadith

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

serta hadith

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

Pergolakan Hati...

Hati itu ingin hidup dan ingin mati. Sehubungan dengan itu, hati dapat dikelompokkan menjadi:

1 Hati yang sehat
2 Hati yang mati
3 Hati yang sakit

Hati yang sehat adalah hati yang selamat. Pada hari kiamat nanti, barangsiapa menghadap Allah Subhanahu wa Ta'ala tanpa membawanya tidak akan selamat. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Artinya : Adalah hari yang mana harta dan anak-anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat." [Asy-Syu'ara : 88-89]

Hati yang selamat didefinisikan sebagai hati yang terbebas dari setiap syahwat, keinginan yang bertentangan dengan perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dari setiap syubhat, ketidakjelasan yang menyeleweng dari kebenaran. Hati ini selamat dari beribadah kepada selain Allah Subhanahu wa Ta'ala dan berhukum kepada selain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam . Ubudiyahnya murni kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala . Iradahnya, mahabbahnya, inabahnya, ikhbatnya, khasyyahnya, roja'nya, dan amalnya, semuanya lillah, karenaNya. Jika ia mencintai, membenci, memberi, dan menahan diri, semuanya karena Allah Subhanahu wa Ta'ala . Ini saja tidak dirasa cukup. Sehingga ia benar-benar terbebas dari sikap tunduk dan berhukum kepada selain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam. Hatinya telah terikat kepadanya dengan ikatan yang kuat untuk menjadikannya sebagai satu-satunya panutan, dalam perkataan dan perbuatan. Ia tidak akan berani bersikap lancang, mendahuluinya dalam hal aqidah, perkataan atau pun perbuatan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"ertinya : Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah kalian bersikap lancing (mendahului) Allah dan RasulNya, dan bertaqwalah kepada Allah Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [Al-Hujurat : 1]

Hati yang mati adalah hati yang tidak mengenal siapa Rabbnya. Ia tidak beribadah kepadaNya dengan menjalankan perintahNya atau menghadirkan sesuatu yang dicintai dan diridlaiNya. Hati model ini selalu berjalan bersama hawa nafsu dan kenikmatan duniawi, walaupun itu dibenci dan dimurkai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala . Ia tidak peduli dengan keridlaan atau kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta'ala . Baginya, yang penting adalah memenuhi keinginan hawa nafsu. Ia menghamba kepada selain Allah Subhanahu wa Ta'ala . Jika ia mencinta, membenci, memberi, dan menahan diri, semuanya karena hawa nafsu. Hawa nafsu telah menguasainya dan lebih ia cintai daripada keridlaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hawa nafsu telah menjadi pemimpin dan pengendali baginya. Kebodohan adalah sopirnya, dan kelalaian adalah kendaraan baginya. Seluruh pikirannya dicurahkan untuk menggapai target-target duniawi. Ia diseru kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan negeri akhirat, tetapi ia berada di tempat yang jauh sehingga ia tidak menyambutnya. Bahkan ia mengikuti setiap setan yang sesat. Hawa nafsu telah menjadikannya tuli dan buta selain kepada kebatilan.[1]. Bergaul dengan orang yang hatinya mati ini adalah penyakit, berteman dengannya adalah racun, dan bermajlis dengan mereka adalah bencana.

Hati yang sakit adalah hati yang hidup namun mengandung penyakit. Ia akan mengikuti unsur yang kuat. Kadang-kadang ia cenderung kepada 'kehidupan', dan kadang-kadang pula cenderung kepada 'penyakit'. Padanya ada kecintaan, keimanan, keikhlasan, dan tawakkal kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala , yang merupakan sumber kehidupannya. Padanya pula ada kecintaan dan ketamakan terhadap syahwat, hasad [2], kibr [3], dan sifat ujub, yang merupakan sumber bencana dan kehancurannya. Ia ada diantara dua penyeru; penyeru kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, Rasul Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan hari akhir, dan penyeru kepada kehidupan duniawi. Seruan yang akan disambutnya adalah seruan yang paling dekat, paling akrab.

Demikianlah, hati yang pertama adalah hati yang hidup, khusyu', tawadlu', lembut dan selalu berjaga. Hati yang kedua adalah hati yang gersang dan mati, Hati yang ketiga adalah hati yang sakit, kadang-kadang dekat kepada keselamatan dan kadang-kadang dekat kepada kebinasaan.

Tawakal : Ibadah hati paling utama


Setiap perkara yang di ingini, yang di idamkan, setiap kemahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk mencapainya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya memperolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhan yang lebih mengetahui ke atas tiap sesuatu

HIDUPKAN SILATURRAHIM


Memang sukar
untuk menyatukan hati
dan bersilaturrahim
bila manusia
hanya menurut kata hati

Memang sukar
untuk menyatukan hati
malah dalam keluarga sendiri
apatah lagi sebangsa, seagama
senegara malah sedunia
bila ikut hati tanpa panduan suci
begitulah yang akan terjadi
Manusia suka menegakkan
emosi sendiri walau tak pasti
ianya hitam atau putih..
cemar atau bersih
kerana bila hati dan rasa
menjadi ikutan dan panduan
bukan Al Quran dan Al Hadith
menjadi pegangan, panduan
dan pedoman...
akan terjadilah segala
yang tidak menyenangkan
dan porak perandalah
sesama insan malah...
mencacat celalah sebuah negara.
tercinta....

Marilah kita bersama
menegakkan ukhuwah Islamiah
dan bersilaturrahim
demi berpegang pada tali Allah
dan tidak berpecah belah
atau bercerai-berai...

Nabi tercinta telah meninggalkan
kepada kita umatnya dua perkara
yang jika kita berpegang teguh
kepada keduanya
tidak tersesatlah kita...
iaitulah Al Quran dan Al Hadith
Marilah bersama
kita menjunjungnya
dan mengamalkan
isi panduannya
perintah dan larangnya
demi untuk selamatnya kita
dan bahagia dunia akhirat...

06 December 2011

Angka 2012 Dalam Al-Quran ?



PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub...ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.



Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.



Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.



Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.



Penemuan 2012 dalam al-Quran



Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;



13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77





dan jumlahnya



13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433



merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).





Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);





30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

sumber: http://www.islamicfinder.org/H​ cal/hdate_year.php?year=1433&b​ase=h




Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).



Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.



Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.


Apakah Peristiwa Itu?



Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.


"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم



فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟

فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ


But if you don’t do it, and you shall never do it,

then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.



"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ

فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

These are they who buy the life of this world for the hereafter,

so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.



" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.

//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)
//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
~ AL-FARISI

sumber: http://www.facebook.com/#!/PendedahanKonspirasi

01 December 2011

temukan aKu dengan 'sidia'

Tuhan....
saat ak menyukai seorang teman,
ingatkan ak bahawa adanya pengakhiran
sehingga ak tetap bersama dengan yang tak pernah berakhir..

Tuhan....
ketika ak merindukan seorang kekasih,
rindukanlah ak kepada yang rindu Cinta SejatiMU
agar kerinduan kepadaMU semakin menjadi.

Tuhan...
jika ak hendak menyintai seseorang,
temukanlah ak dengan org yang mencintaiMU
agar betambah kuat cintaku padaMU

tuhan....
ketika ak sedang jatuh cinta,
jaga lah cinta itu
agar tidak melebihi cintaku kepadaMU.

Tuhan....
ketika ak ucap "ak cinta padamu"
biarkanlahku ungkapkan kalimah cinta itu
kepada yang hatinya bertaut padaMU
agar aku tak terjatuh dalam cinta yang bukan dalam keredaanMU.....

sesungguhnya Engkau yang maha mencintai...