BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......

18 July 2012

Siapakah pemegang rusuk kiriku ?

tika kecil sering terdengar kisah tentang adam dan hawa,
pemikiran masih diluar kotak kematangan,
"betul ke sejarah terjadinya perempuan macam tu ??"
"boleh percaya ke ??"

bila meningkat dewasa beransur mencapai tahap matang,
ak mula sedar dan semakin faham beserta YAKIN
bahawa Allah maha Agung maha kuasa ,
tidak ada yang tidak jika dia inginkan walaupun sesuatu
yang tak terjangkau di kotak pemikiran manusia..
tiap yang ada didepan mata,
atau pun yang tersembunyi dari zahir mata manusia,
semua ciptaan Allah S.W.T
tiada yang mustahil...
tapi siapakah peminjam rusuk kiri ku ?
bagaimana perwatakanNya ?
ciri apakah yang dia pandang pada diriku ?

adakah dia rela dan redho menerima kelemahanku dan kekuranganku ?
adakah dia memandang pangkat darjat dan harta pada diriku ?
 dan aku ??  adakah aku  layak untuk memimpin seorang
wanita sebagai memikul tanggungjawab dan sebagai seorang suami dan
sekali gus mengambil alih segala beban yang pernah dipikul oleh bapa
kepada wanita itu..
siapakah pemegang rusuk kiriku ??

ak berserah dan rela sebagai mana pun jodoh yang akanku terima,
maka dialah yang terbaik untukku dari Penciptaku.
apakah kurang keimananku terhadapNya,
jodoh itu sampai dalam bentuk Cabaran, atau Bimbingan ?
ataupun Kuat keimananku terhadapnya,
jodoh datang juga dalam bentuk kesederhanaan atau kesenangan?

Aku berserah dan bermohon agar ak diberi kekuatan untuk terus beriman dan beribadah kepadaNya..
sebagaimanapun orangnya peminjam rusuk kiriku,
ak redho dan terima seadanya.. InshaAllah...

Ukur Baju DIBADAN sendiri..

sesuatu yang belum pasti haknya, maka jangan lah kita harapkan selagi usaha tidak seperti apa yang kita inginkan. adapun ia datang tanpa diduga maka itu adalah hadiah darinya untuk kita supaya kita belajar erti bersyukur walaupun kita jarang mengingatiNYA... Dia akan tetap ingat pada kita selagi kita hidup dan berusaha untuk mendapatkan perhatianNya. slagi nafas keluar dan masuk, maka selagi itulah untukNya kita beribadah.

minta untuk diberi kesihatan  dan kekuatan untuk beribadah padanya jika hati kita masih kosong.
bukan fair lady lapan, tanah 5 ekar, awek tiptop.
biarkan doa itu lapuk.. selagi kita belum cukup kuat, jangan putus meminta diberi kekuatan untuk terus beribadah kepadaNya.... serta teguhkan iman agar tidak terpesong dari jalanNya..
^_^





02 July 2012

7 Petala Cinta Full Movie

Stiap apa yang ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya...
di maha perancang dari segala perancangan...

"sesungguhnya dan kita merancang dan Allah juga merancang, akan tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik dari apa yang kita rancang"

Allah serba tahu merangkumi seluruh dunia dan alam semesta sehingga yang terjangkau difikiran kita.. hanya Satu pemilik segala yang ada iaitu Allah..
kita hanya melakonkan setiap apa yang kita rancang dan kita sendiri menggayakan apa yang kita rancang dengan daya yang kita pilih sama ada baiknya dan buruknya sesuatu...
sedangkan Iblis yang durjana Allah kabulkan doanya inikan pula kita manusia yang serba kekurangan.. pengampunan Allah sangat luas untuk hambanya yang mahu bertaubat...
sesuatu yang kita sangat sayang dan susah untuk dilepaskan seperti asset atau jodoh demi untuk mengejar jalan Allah, inshaAllah Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik dihadapan.. relakanlah sesuatu itu walaupun ia pahit..
disitulah Allah ingin menguji tahap kesabaran kita dan sifat rela hati kita kerana Allah...
inshaAllah...

kita  sama2 doakan yang memberi pengajaran turut melaksanakan pengajaran itu..
ambil maknanya dan nilai isinya serta pedomannya walaupun pelakunya masih tidak dititikberatkan, semoga Allah lebih memberi kesan dengan Apa yang telah mereka sampaikan... mungkin penyampaian akan beri kesan pada orang sekeliling.. dengan orang sekelilinglah yang akan mengajar kembali kepada orang yang membentangkan sesuatu kebaikan itu.. nikmat islam untuk dikongsi.. bukan untuk bersendiri... berdoa untuk kesejahteraan mukmin yang lain... ^_^

yang pemperingati dan untuk diingati...  ^_^
selamat menonton...