BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......

29 June 2012

Kitab Cinta - Episod last

Cerita yang memberi impak besar dari segi maknanya dan penyampaiannya... semoga apa yang ingin disampaikan dalam cerita ni terus menusuk dan memberi sesuatu pergolakan dalam hati kita untuk kita lebih dekat dengan Allah.. jangan fikirkan siapa pelakon dan karaktor pelakon itu diluar, tapi yang penting apa yang ingin disampaikan..apa yang baik kita ambil... inshaAllah Allah akan lebih membimbing kita jika kita berusaha untuk mencari jalanNya.. kerana Allah telah membuka hati mereka untuk melakonkan cerita ini dan membuka kati kita untuk menonton dan menilai.. Manusia dikurniakan otak yang hebat untuk berfikir.. manusia mempunyai tempoh matang untuk memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk.. adapun kita tahu sesuatu itu adalah tidak baik tapi kita tak mampu untuk mengatakan tidak pada ia tetapi jangan biarkan syaitan bertepuk tampar kerana gembira kekalahan kita pada dia..... inshaAllah kita cuba untuk kuat melawan...

*p/s : PAUSEkan dulu eh surah Al-Mulk tu... hehehe

^_^  SELAMAT MENONTON ^_^

28 June 2012

PENGHUKUM dan PENILAI

                       jadilah seorang penghukum yang bijak menilai

penghukum : kau tengok tu, dengar ceramah bukan main lagi, tengok ustaz       azhar lah, ustaz don lah kat youtube. bace status baik2 "like" je yang lebih.. buatnye tidak... tapi perangai macam tu jugak... kalau esok mati camne ? kan tak sempat taubat. kena paksa diri lah kalau nak berubah.. bukan tengok je...

penilai : sabar lah sahabat... esy kau ni, kau tu pon kalau nak kereta kau TIP TOP saing2 EVO pon ambil masa kan nak buatkan... macam tu lah manusia.. itu pon kita dah patut bersyukur tau sebab Allah masih sayang dan perihatin pada dia serta bukakan pintu hati dia untuk mendengar ceramah tu... dan mungkin Allah masih beri dia peluang untuk berubah dan memilih.. try to be "khusnuzon" lah bro.... dan itu bermakna masih ada iman dalam diri dia cuma tak dicungkil dan tak tahu macam mana nak untuk kearah tu... sepatutnya orang macam kau ni lah yang patu bimbing orang macam tu.. ni tak.. lagi nak menjatuhkan... eh bro, come on lah, takkan nak masuk syurga sorang2 kot.. lagi ramai umat Rasulullah yang masuk lagi lah happening... syurga Allah kan luas bro.... besar pahala kau tau kalau kau dapat bantu dia..

penghukum : Eh dia nak berubah, so dia lah kene cari guru... takkan guru cari anak murid plak..

penilai : owhh.. macam tu plak ?? abes kalau macam tu masa zaman rasulullah dulu, baik baginda duduk je kat mekah.. tak payah penat2 pergi madinah dan sebarkan islam kat sana... Rasulullah dah tentu2 lah dijamin syurga, so buat apa nak penat2 behijrah kan... "sape nak meh jumpa aku, taknak sudah lah... korang yang rugi bukan aku.. " macam tu ke ?

penghukum : err.. Rasulullah lain..

penasihat : Takde yang lain.. kita ni dah diamanahkan dan sememangnya umat Rasulullah memang dilahirkan sebagai khalifah dan kita ni penyambung apa yang Rasulullah tinggalkan..saling beringat pada yang lupa, saling menambah apa yang kurang dan kita kena sampaikan sampai bila-bila pon walaupun Rasulullah dah takde pada zaman kita ni bro... pasti Rasullah gembira bila melihat kita bersungguh-sungguh menyambung perjuangan baginda... inshaAllah baginda beri syafaat kerana tanda kita kasih dan setia dengan apa yang Rasulullah tinggalkan... walaupun siket kita tahu, tak salah kita sampaikan dari ia lupa begitu saja.. kita kena saling ingat mengingati... kau salah ak tegur, ak salah kau tegur... so masing2 kena ada sifat istiqamah bila ditegur iaitu berlapang dada..

penghukum : hurm yelah...

penilai : kita sama-sama doakan yang terbaik untuk dia didunia dan akhirat.. kita beri dia masa dan kita bimbing walupun kita tidak sehebat para ulama' sekurang-kurangnya kita berusaha dan bercita-cita untuk sehebat mereka... :D

*nukilanku atas kebenaran pengalamanku... tidakku hebat  namun aku berusaha untuk hebat dalam beristiqamah... mohon didoakan untuk dipermudahkan.. Jazakallah...










27 June 2012

Keseimbangan Dunia Dan Akhirat... Dunia sementara, Akhirat kekal abadi.. ^_^

                             
                                (click di gambar kalau nak baca dengan jelas)
                                                             ^_^

                                       

Dunia semakin menggoda jiwa saja, hari demi hari minggu demi minggu bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Dunia terus berhias
dan semakin berhias dan manusia mempercantikan diri, bagi manusia manusia pengejar nafsu dunia tentu akan terus mengejar dan
mengejar tanpa mereka sedar bahawa indahnya dunia hanya sementara sahaja. Seakan dunia adalah segala galanya, hidup harus
dengan wang, harus kaya, harus dihormati harus memiliki pangkat dan harus harus yang lain. Ingat!.. hidup hanya sementara paling
lama pun 63 tahun lamanya, kalaupun lebih anggap saja bonus yang diberikan Allah Swt tapi bukan bermakna lebihnya itu tanpa
dihisab. bertuah kepada yang dipanjangkan umur banyak amal ibadahnya tapi celakalah bagi yang dipanjangkan umur lebih banyak
maksiatnya.


Kerana DUNIA kita jadi lupa akan hakikat hidup di dunia yang hanya sementara, kemegahan dan kemegahan yang selalu ada dalam
hidup kita, semua yang ada yang kita merasa memiliki sesungguhnya hanyalah pinjaman belaka yang bila-bila masa boleh diambil
yang punya iaitu Allah Swt, rumah megah, kenderaan mewah, pangkat bahkan Isteri dan anak-anak yang kita sayangi juga adalah
pinjaman yang dari semua itu akan diperkirakan di akhirat kelak.


Boleh banyak harta tapi jangan lupakan Allah Swt yang memberi kekayaan, semua kenikmatan atau
kemegahan yang dipinjamkan kepada kita akan diperhitungkan.
 Allah berfirman dalam surah At Takatsur [102]
ayat 1-8,



1. Bermegah-megahan telah melalaikan kamu[1598],
2. sampai kamu masuk ke dalam kubur.
3. janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),
4. dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.
5. janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,
6. nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,
7. dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin[1599].
8. kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di
dunia itu).

[1598] Maksudnya: Bermegah-megahan dalam perkara banyak harta, anak, pengikut, kemuliaan, dan
seumpamanya telah melalaikan kamu dari ketaatan.
[1599] ‘ainul yaqin ertinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.

Bukan tidak boleh berharta dan memiliki pangkat bahkan kehormatan darjat yang tinggi di hadapan manusia, boleh asalkan dengan
cara cara yang Allah Swt redha. Dapatkan dunia untuk dikembalikan maksudnya ketika kita memiliki harta ”yang kita anggap harta
kita” jangan lupa itu adalah pinjaman sekaligus ujian dari Allah Swt yang harus dikembalikan lagi kepada Allah Swt dengan jalan
beramal dan berjuang dengan harta tadi hanya untuk Allah swt. Allah beri ujian bagaimana kita uruskan harta.. adakah untuk JALANNYA atau untuk JALAN-JALAN DUNIA...


Dunia dan akhirat harus saling beriringan seimbang,  dunia dapat akhiratpun dapat seperti hadith nabi yang berbunyi :
"Bekerjalah demi duniamu seakan-akan kehidupanmu akan berlangsung selama-lamanya. Namun ingatlah untuk beramal sebanyak
banyaknya untuk ahkiratmu, seakan-akan kehidupanmu akan berakhir esok (Al Hadits)."

Hadith diatas boleh diertikan dengan dua kata. sungguh-sungguh membawa maksud (dalam mengejar dunia kita harus sungguh-
sungguh dan begitupun dalam meraih untuk akhirat hendaknya kita pun bersungguh-sungguh). Seimbang dunia akhirat bukankah itu
lebih baik. kejar dunia semata, maka akhirat akan lari dari kita.. tapi kejarkan akhirat, maka dunia akan datang mengiringi kita...
kerana Islam adalah cara dan corak kita hidup.. bermakna jalan untuk ke akhirat adalah cara kehidupan kita didunia mengikut syariat Islam... just do it for a while when we still alive.. Jannah will be permanent for us...

"berkorban apa saja"
"harta dan juga nyawa"
"itulah kasih mesra"
"sejati dan mulia"


pengorbanan untuk Allah lebih baik kerana ia kekal...



Nisfu Syaaban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


22 June 2012

KITA SAMA!!

setiap manusia
mesti dan pasti ade yg membuat
kesilapan yang kecil mahupun yang besar . kita
sebagai hamba Allah yang biasa tak terlepas dri semua itu .
 Dari yg bergelar para ulama' hingga yang bergelar penyangak . Sume katogori ini tidak mempunyai

sifat maksum

seperti rasul yang
bermaksud
terhindar dari
dosa. Jadi segeralah bertaubat
kerana dunia ini semakin goyah
dan berusia . tidak ada yang kekal dibumi Allah ni . Setiap yg dihidupkan "confirm" akan dimatikan . Tujuan untuk hidup dan diberi peluang untuk hidup adalah untuk menggunakan setiap detik,saat dan ketika untuk memperingati Allah dan melakukan tiap sesuatu kejalanNYA . Tiada yg hidup tnpa tujuan . Pada yang sesat dan telah terpesung jauh masih sempat untuk kembali ke jalan
Allah. insyaAllah akan ditempatkn

org2 yg beriman. Amin.... Sama-sama lah kita saling igt mengingati .

Mengejar KEPUASAN dahulu baru BERUBAH ??

kadang-kadang aku tertanya... kenapa seseorang muslim itu TAHU dan sangat MENGETAHUI tentang segala aspek yang dikehendaki oleh Islam.. latar belakang mereka tidak kurang hebatnya... bekas2 institut pengajian islam.. mereka faham dan mereka sangat faham sejelas-jelasnya hingga boleh menafsir segala aspek dalam syariat islam... adapun yang tidak hebat antara mereka, mereka masih tahu dan masih ingin mengetahui...

TAPI..
                   mereka tidak amal semoleknya.... kadang2 aku rasa rendah diri dengan kehebatan dan kelebihan yang Allah beri pada mereka.. mungkin aku tidak berpeluang seperti mereka dan kini aku cuba untuk meggali dan mencari pengertian hidup yang Allah beri pada setiap makhluk dimuka bumi ini... walaupun tidak sepenuhnya tapi aku still mencuba... Allah lebih mengetahui apa yang diniatkan..

ada pula segelintir manusia yang masih mengambil tahu tapi tidak kuat untuk berubah... MENGAPA ?? mungkin kerana ini lah DUGAAN HIDUP dan CABARAN dalam kehidupan... dan ingin mencari KEPUASAN HIDUP ?? kepuasan bagaimana ??
Allah berikan segalanya kepada hambanya... maka kita yang pilih dan kita yang tentukan corak dan jalannya... kerana segalanya ada didepan mata... untuk masa kini yang semakin menebal dengan arus kemodenan, manusia kebanyakannya ingin mencuba segalanya dan tidak ingin terlepas segalanya..

SUME BESTT!!! "RUGI LAH kalau tak TRY!!" kerana apa yang ada semua NYATA didepan mata... so manusia jadi hanyut dengan apa yang BAIK depan mata... NAFSU menyelah, SYAITAN berkuasa... maka manusia jadi lemah untuk menilai... "PAHALA?? , DOSA ??" bukan aku nampak pon.."

"PEREMPUAN?? PEGANG-PEGANG ???, CIUM-CIUM?? , DUIT ???, FESYEN ???, KECANTIKAN??, KERETA MEWAH??, IPAD 2?? dan lain2?? , sume terhidang depan mata brader.. pilih dan sapu je... kalau tak amek dan kejar melepas bro,sist... mane nak cari lagi...

                           TUTUP AURAT ?? , SOLAT ??, BACA QURAN???, 

 "alah, bile2 boleh buat nak ngan taknak je bro, sist..... 
BILA-BILA ?? ok fine, 

 haaaaa... ini lah jadi persoalannya... NAK dan TAKNAK ??? hahaha... heboh kat dunia cakap hebat, kecoh cakap senang je, mudah cakap bile2 boleh buat...  TAPI BILA ???

               orang yang betul2 hebat bukanlah orang yang KAYA, BERKUASA, SRAIGHT A'S SPM, 4 FLAT DIPLOMA, FIRST DGREE, MASTER'S. PHD... belum TENTU hebatnya jika dia boleh melakukan satu benda ni.. iaitu..

            mengatakan TAKNAK kepada yang mungkar, dan mudah mengatakan NAK untuk segala kebaikan....

aku masih mencuba dan terus mencuba dan mencari teman untuk menjadi seorang yang mudah mengatakan TAKNAK itu... kaji  balik kenapa kita sebagai umat ISLAM yang berketurunan ISLAM, yang lahir sahaja ISLAM, dalam I/C ISLAM ditiupkan roh dan diberi penghidupan dimuka bumi Allah ini...

INGATLAH! SEGALA PENAT LELAH YANG KITA LAKUKAN, PENGHABISAN TENAGA, WANG, HARTA, PENGORBANAN, BERJALAN, BERMUSAFIR, MAKAN MINUM YANG DILAKUKAN KERANA ALLAH, ADALAH IBADAH!! SEKECIL-KECIL SEHINGGLAH SEBESAR-BESARNYA.

Itu lah antara isi kandungan yang memetik tentang hakikat sebenar hidup manusia ini, terutama sekali yang beragama Islam, agama paling benar dan teratas sekali.

Apabila manusia hanya melaksanakan ibadah asas / ritual semata-mata, maka jadilah ia umpama binatang yang hanya mengikut arahan tuannya tanpa mengerti apa sebab tuannya memerintahkan begitu. Kerana haiwan tiada aqal!

Jika manusia tidak memikirkan bahawa perintah Allah itu adalah bersebab, maka ia lebih teruk dari haiwan! Sebab ada akal tak guna untuk memikirkan semua itu.

Tujuan kita hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah. Bukan merosakkan kehidupan ini dengan hawa nafsu sendiri.

Firman Allah:"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku' (surah51:ayat56).

faham ke maksud ayat ini? kalau tak faham belajar la kitab...bila malas belajar itu la jadinya..Islam Hadhari.. ^_^

Maksud menyembah itu dalam ertinya, bukan erti sujud semata-mata..tetapi dari bangun tidur sampai tidur semula...makan minum kerja bergaul semua ikut aturan Allah... that it... Allah yang bagi kita hidup, so DIA BOSS di alam semesta.. IKUT saja arahan.. KITA takut lambat pergi kerja sebab kita NAMPAK BOSS akan marah... tapi Allah akan murka dalam kita tidak nampak.. kemurkaanNYA dikumpul melalui dosa, dan akan di adili setelah kiamat.. tapi sok dalam kubur pon dah kene siksa.. itu lah gelaran penjara sebelum masuk court..

13 June 2012

Memerhati,Memikirkan, Menyelami, Melunaskan,Membuat keputusan... (jalan hitam atau jalan putih)..

suatu hari, suatu malam selepas isyak.... terpanggil dan dipanggil untuk pergi kesuatu tempat.. saksikan persembahan teater "SUPPORT MEMBER"... dan aku sendiri amat meminati sebuah seni yang ingin ak pertontonkan ini...pelbagai corak manusia didepan, dikiri, dikanan juga dibelakang... kini aku sedar dan semakin sedar dari kekeliruan memilih antara minat atau kehanyutan yang mungkin aku tak dapat bawa... manusia boleh berubah sekelip mata kearah kejahilan. tetapi susah untuk menemukan jalan pulang... semoga Allah sentiasa bersama kita dan memberi kekuatan kepada kita melawan diri kita dari kancah kejahilan.....  Allah maha mengetahui dan maha mengadili tiap sesuatu.. niat merupakan sesuatu kekuatan untuk menggerakkan sesuatu.. tetapi akan terhenti sekadar niat jika kita langsung terhayal tanpa ada usaha...
seharian yang berhikmah, memberi impak besar dan pengenalan dalam kehidupan sebenar manusia masa kini. tiada perbezaan luaran agama apa yang dianuti, mungkin hati hanya mengaku ada agama, tidak dizahirkan dalam perbuatan.. "Alhamdulillah"," inshaAllah", "Subhanallah", perkataan yang mungkin membezakan sama ada dia adalah islam atau agama lain.... tidak sengan menyebut tanpa amal... hati lain-lain... mungkin hanya lakonan untuk dipentaskan.. berucap menyampaikan dialog, tapi tanpa pengajaran... apa yang jelas adalah pengajaran yang ingin disampaikan hanya untuk dunia... pemberi pengajaran seharusnya diteladani dan mengamali... tiada batasan pergaulan... "kau dan aku, aku dan dia adalah sama.. apa itu lelaki perempuan ?? semua aku langgar.."
begitulah hebatnya pergaulan tanpa batasan umat Rasulullah akhir zaman..


." dahulunya Rasulullah dan para sahabat berjuang untuk ketengahkan Islam dimata dunia hingga tak luput dek zaman dan cara kehidupan islam yang berkati... tapi kini manusia berjuang mengetengahkan islam yang tanpa batasan... mungkin ingin mengikut trend... hahaa...

klau trend pemakaian sekarang, "RARE".. " OLD SCHOOL"... so kehidupan pula kembali ke "ZAMAN JAHILIAH" welcome2... hurmmm.. terkedu , tergamam, terkesima, terasa berdosa tapi tidak kuat untuk menegur... mampu berdoa dan mengajak kalian berdoa dan sama2 bertaubat jika kita pernah lakukan kesilapan... "BERTAUBAT" pula sebuah perkataan yang membuatkan manusia jadi malas untuk melakukan.. KERANA APA ?? kerana BILA disebut "TAUBAT" bunyi macam payah nak buat dan rasa pula

" ARGGGHHHH kalau bertaubat nanti kembali pada perangai lama... lek dulu lah.. nanti aku ah ready dan sampai masa aku bertaubat lah... "
sebenarnya... dimana sahaja kita boleh bertaubat dan mendekatkan diri dgan Allah... once kalau rasa buat dosa... cepat2 bertaubat... iaitu dengan beristighfar....
taubat kecil.. mengucap, zikir, solat sunat taubat dua rakaat bila2 masa.. dimana saja bila terasa buat salah.. so, ada persediaan sebelum membuat taubat nasuha.. kita takkan lakukan sebenar-benar tanpa preparation.. stiap yang kita lakukan pasti ada perancangan dan persediaan...



bukan susah nak taubat... Allah ada dimana-mana... sekali kita teringat akan kebaikan dan terasa berbuat dosa.... bertaubat lah diketika itu.. biasakan diri dengan taubat sebelum bertaubat nasuha dan percepatkan lah bertaubat sebenar-benar taubat kerana MATI tak kita masa....

10 June 2012

PENGALAMAN mengajar kita.. BERANI kerana belajar.. BELAJAR DARI KESALAHAN. berkongsi apa yang tidak tahu.. bertanya apa yang tidak pasti... ^_^

pada hari Jumaat bersamaan 8 june 2012... waktu asar.


kejadian berlaku sewaktu aku ingin menunaikan solat fardhu asar di surau tempat ak bekerja.....
pada masa dan ketika ak nak solat, ak nampak seorang sahabat sedang solat dan niat dihati ingin mengimamkan dia..... 
                    TIBA2 ak terpandang keleher dia.. dia memakai rantai leher.... aku jadi was-was dan tak yakin untuk terus mengimamkan dia... then ak tunggu sampai dia habiskan solat dengan niat nak tegur dia..
 dengan ilmu yang kosong didada tapi ak cuba untuk berani menegur untuk tahu mane yang salah dan mana yang betul...  ^_^

Aku : bro, boleh tanye siket, sory eh,

bro2: ha ape die ?? tanye lah..

Aku : sory eh kalau macam kau rase kerek ke ape ke.. takde, just nak tanye.. rantai kat leher tu rantai ape  eh  ?? (ayat macam brader2 menegur)

bro2: ini, ini, ini rantai biase je.. kenape ek ?? ( bunyi serbesalah )

Aku : saya nak solat tadi niat nak jadi makmum lah, (eh bertukar saya pulak.. ahha).. pastu nampak rantai tu.. tu yang tanye tuh... jadi was2 plak.. bukan ape.. solat tu dah elok dah.. tapi bila pakai rantai plak takut solat yang elok tu jadi tak sah plak kan disebabkan bende2 yang remeh.... lagi pon laki kan memang takleh pakai rantai.. (haaaa mula dah...)

bro2: owhhhh.. nak tanye lah.... itu hadis atau ayat quran ek ?? kalau ayat quran stahu saya takde dalam quran... boleh terangkan tak ??? 

Aku: mololog "arggghh jemmm.. ak jadi jem pluss nervous.. dari tahu jadi blur.. (alamak, quran ke hadith ek ? ) ak lupe... tapi ak pernah bace.. alamakk.... kenape lupe lak nih ??"

Aku : takde lah bro... dalam quran kot tak silap... hurmmm sebenarnye saya pon tak pasti.. tapi memang ade lah... sory lah , kalau boleh tanye lah orang alim yang lain.. mungkin lebih detail, mungkin kau ade ilmu sendiri boleh tegur ak balik ape yang ak tak tahu... bukan ape.. just was2... kalau tak yakin tanye lah sheikh yang lebih hebat... apepon sory lah bro kalau kau agak rase nak tumbuk ak ke ape kan tadi... ahhaa..

bro2 : eh takde hal.. ak paham... kalau kita was2 kita pon bertanya kan.. ak paham, ak paham.. lek lah.. ak ok..... ape2 pon thanks coz tegur...

Aku : eh takde hal.. ape yang ak tau, dan mungkin kau tau kite share je.. dan tegur.. sifat rasulullah kan.. kita sam2 islam.. masing2 nak masuk syurga terus tanpa dihisab cuma tak kena pada cara walupun dah lakukan yang wajib... ahaha...

bro2 : eh lain macam ayat.. ahhaa.. ok thanks... grak dulu...



*sebab blur,nervous.. kejap (kau,aku) kejap (saya, kau) eh berubah-rubah lah... ahhaa.... 

begitulah kisah aku untuk dikongsi dengan pembaca... selepas dari hal itu aku terus cari balik.... ARGGHHH !! camne bley lupe plak.. malu plak tibe2 nak tegur orang tapi takde ilmu... hurmmm kurang2 pon ak tau kelemahan ak dan cuba untuk perbaiki... betul seperti kata pepata arab...
           " al ilmu bila amalin, kassyajari bilassamarin.." 
              ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa buah

 dan selepas ak rujuk kembali pada kitab, blog, youtube.. ianya adalah hadith Rasulullah... dan memang tiada dalil yang sahih dalam Al-Quran menerangkan tentang pengharaman lelaki memakai rantai.. Sumber kedua, iaitu alHadis dan sumber-sumber hukum yg lain spt ijtihad fuqaha' serta 'Uruf boleh digunakan untuk memutuskan sesuatu hukum.   

Oleh yang demikian lelaki yang memakai gelang itu adalah perbuatan menyerupai perempuan. Hukum lelaki menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya: 
Maksudnya:
“Rasulullah SAW melaknat orang-orang lelaki yg menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yg menyerupai lelaki” --- Hadis riwayat al_Bukhari

Dalam madzhab Syafi'iy(Fiqh alManhaji) menegaskan haram hukumnya berdasarkan hadis Bukhari (no 5546) yang bermaksud:
Dari Ibn Abbas RA, bahawa RasuluLlah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
Fiqh as Syafi'iy berpendapat haram hukumnya lelaki menyerupai wanita dalam berpakaian dan perhiasan seperti mengenakan anting-anting, loket, kalung, rantai leher dan gelang tangan. Juga diharamkan peniruan dalam bentuk percakapan dan lengganglengguk kecuali itu adalah asal kejadiannya (pondan).  



ini pula pandangan USTAZ AZHAR IDRUS .. dengar simpan dan amal....




so disini aku makin jelas dengan apa yang ak tak tahu dan apa yang ak tak jelas.....
SAH SOLAT  tapi TETAP HARAM bagi lelaki yang memakai rantai...
kerana syarat sah solat adalah :
"tutup aurat dan suci dari najis.."


THANKS SHEIKH!!!
and thanks for reading take it and share it. Allah will help u if u help urself and help people for Allah... inshaAllah....

07 June 2012

qatrunnada - cinta agung.wmv



*Kuatkanlah diri kit untuk terus mengagungkan Allah selagi kukuh kaki berjalan, Kuat tangan menadah, Ringan Mulut menyebut, Tajam mata memandang, cekap telinga mendengar......

05 June 2012

Maher Zain - So Soon | Official Music Video




So Soon video from Maher Zain's new album "Forgive Me" 2012


So Soon  ( Official Lyric )

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

CHORUS

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

CHORUS

Lyrics: Bara Kherigi, Maher Zain & Mohamed El-Kazaz
Melody & Arrangement: Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti

04 June 2012

Orang Berilmu Dilarang Sembunyi Ilmu



Di dalam hadith-hadith di atas tadi kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa hendaklah kita menuntut ilmu itu dengan ikhlas dan kerana Allah (a.w) semata-mata dan ditujukan semata-mata kerana mentaati dan mengikuti perintah Allah (a.w) dan demi agamanya. Dan, janganlah ilmu itu digunakan kerana pertimbangan-pertimbangan peribadi atau keduniaan, maka besar dosanya disampaikan kerana tujuan selain dari tujuan kerana Allah (a.w) dan kerana Islam.
Di bawah ini kita juga diperingatkan Oleh Rasulallah (s.a.w) supaya tidak menyembunyikan ilmu yang kita pelajari dari pengetahuan orang Islam lain. Kita tidak sekali-kali dibenarkan kedekutkan ilmu. Kita disuruh sebarkan ilmu itu. Malah dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyuruh sampaikan ilmu yang kita tahu itu walaupun satu ayat al-Quran sekalipun.
Hadith-hadith berikut memperingatkan kita betapa besar dosanya menyembunyikan ilmu uga Islam itu:
(1) Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘Tidak dari seseorang lelaki hafal ilmu maka disembunyikannya dari orang lain, kecuali didatangkan dengannya pada hari qiamat digari (yakni, dirantai) dengan rantai (gari yang diperbuat) dari api neraka.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas menjelaskan adalah menjadi tanggung jawab utama mereka yang memiliki ilmu itu menyampaikannya kepada orang lain. Jika tidak disampaikannya atau disembunyikannya kerana bakhil dia akan ilmunya atau tidak mahu dia ramai orang lain berilmu, atau mendatangkan kesuahan kepadanya kerana menyampaikan ilmu tanpa imbuhan, atau disampaikannya hanya dengan upah atau bayaran, maka balasannya jelas dalam hadith itu dan hadith-hadith berikutnya, iaitu masuk neraka dengan kedua tangannya digari (diikat) dengan gari yang diperbuat daripada api neraka. Oleh kerana itu wajib menyampaikan ilmu itu. Maka dengan itulah Abu Hurairah (r.a) berkata, disampaikan olehnya hadith-hadith Rasulallah (s.a.w) bukan dengan tujuan peribadi atau selain dari mengikuti perintah Allah (a.w) seperti yang tersebut dalam dua ayat Surah al-Baqarah tersebut.
(2) Diriwayatkan hadith daripada Abdil Rahman bin Hurmuza ‘Araj (r.a): ‘Bahawasanya aku mendengar Aba Hurairah (r.a) berkata: ‘Demi Allah (a.w)! Seandainya dua ayat di dalam kitab Allah (al-Quran) (itu tidak memerintahkan) tidak menceritakan aku darinya (yakni, dari Nabi (s.a.w), yakni hadith-hadith Nabi (s.a.w)) sesuatu selama-lamanya. Andainya tidak berfirman Allah (a.w): [Ayat 174 dan 175, Surah al-Baqarah: (Innal-lazina yaktumuna ma anzalallahu minal Kitabi’ …) (hingga ke akhir kedua-dua ayat tersebut) …’ [Maksud ayat: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Allah (a.w) turunkan dari Kitab (Yakni, al-Quran)… (hingga ke akhir hayat) …’) [Hadith sahih Ibnu Majah]
Di dalam hadith ini diceritakan sebab musabah Abu Hurairah (r.a) terpaksa menyampaikan dan menyebarkan Ilmu al-Hadith itu, kerana mematuhi perintah Allah (a.w) di dalam Ayat 174 dan 175, Surah al-Baqarah Allah (a.w) melarang supaya sesiapa yang ada ilmu yang datangnya dari al-Quran dan as-Sunnah itu tidak disimpan atau disembunyikan. Wajib disampaikan dan disebarkan ilmu. Maka dengan itulah juga Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islamsampaikan dariku walaupun sepotong ayat’.
Nota: Ayat 174, Surah al-Baqarah: (Bermaksud) ‘Sungguh-sungguh orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah (a.w), iaitu Kitab (i.e. al-Quran), dan menjualnya dengan harga yang murah, mereka hanya menelan api neraka dalam perutnya (i.e. makan dan minum yg dihasilkan dari menjual ayat-ayat yg diturunkan Allah (a.w), menyebabkan mereka masuk dalam neraka).’ Ayat 175, Surah al-Baqarah: (Bermaksud) ‘Mereka itulah yg membeli kesesatan dengan petunjuk dan azab dengan keampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!’ Yakni, Allah (a.w) memberitahu pasti mereka masuk neraka dan mereka sungguh berani walaupun diberitahu pasti
masuk neraka, kerana kekal melakukannya setelah ditegah atau dilarang. Larangan yg serupa juga
terpakai terhadap as-Sunnah atau al-Hadith.]
Jazakallahu hairah

03 June 2012

Sampaikan Ilmu Dariku Walau Satu Ayat ( Sabda RASULULLAH)




Kalau ade niat untuk berkongsi selagi ianya baik untuk kita dan membantu kita untuk lebih dekat dengan Allah...
WHY NOT kita SHARE ??
PEDULIKAN kata mereka... setiap percakapan bermula dengan niat... jika niat kita baik,
inshaAllah , Allah akan permudahkan urusan kita....
BIAR HIPOKRIT kalau untuk melakukan sesuatu yang baik...
mungkin orang tidak tahu niat sebenar kita.. kalau orang fikir itu adalah sesuatu yang baik..
jadi orang akan ikut.. dalam masa yang sama kita dapat pahala walaupun kita tidak ikhlas..
bila orang yang mengikut ramai..
adakah kita boleh tebal muka untuk tidak jaga perlakuan kita ??
inshaAllah lama2 kita jadi biasa dan ikhlas dengannya..
(macam MLM plak)
hahahaha...



"seorang yang jahat, sekali terdetik untuk melakukan kabaikan... (bertaubat)
dialah orang paling beruntung kerana Allah beri dia peluang untuk berubah dan memenuhi syurga Allah...."