BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......

25 November 2011

menanti ramadhan seterusnya......

*ya Allah, kau temukan ah ak dengan ramadhan yang akan datang...
sesungguhnya ramadhan  itu adalah hadiah yang paling besar yang Kau berikan kepadaku jika kau berikanku keizinan buat skian kali....

24 November 2011

Buatmu Ibu

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.


Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…


Pulang dari sekolah suatu tengahari, yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.


Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.


Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.


Hari yang ditunggu2 akhirnya: Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan- lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya.

“Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.” si anak terus menitiskan airmatanya . namun semuanya telah berlalu ....




saat waktu kita ada ibu dan ayah maka jangan la disia-siakan , kerana mereka lah permata kita yang paling berharga , renungkan selama kita hidup diatas muka bumi ini , apakah jasa kita pernah beri pada ibu dan bapa kita !!?


seringkali kita meninggikan suara , merungut , dan bermacam-macam lagi perbuatan kita ..

namun ibu hanya akan tersenyum . dan tidak pernah menolak setiap permintaan kita ,

lantas kita sebagai anak haruslah membuktikan sesuatu padanya agar kita tidak akan menyesal selepas

ketiadaan ibu dan ayah .



kasih seorang ibu tiada tandingannya ... hargailah setiap saat yang diberi ..

lakukan lah sesuatau untuknya sebelum diambil oleh malaikat .

sekadar berkongsi =)



(Ambil feel dengan lagu Aiman ni.... -buatmu ibu-)

kenangkan pengorbanan mereka.............
SERUAN MACAM MANA YANG KAU NAK ???

tarik selimut tidur...
(berselubungkan??)
SYYHHH..

Bersediakah kita kalau dalam situasi ni ???




‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"


"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

salah satu sesi soal jawab seorang kafir kepada seorang islam.. do we prepared all the about islam for none muslim ???

23 November 2011

UJUNG BULAN!!

asal ngan ujung bulan ??? kering !!!
hahaha...
bile ade duit tak bringat kan,
bile tinggal singgit... tau plak duduk ujung2 sudut buat muke sedey..
AHAHA..
lek3... bape hari lagi...


M Nasir - Kembara - Duit Duit  






22 November 2011

MASALAH !!



macam2 masalah timbul sesudah seselai sesuatu yang besar...
mane puncanya ??
apekah penyebabnya ??
sume berpunca apabila sebelah pihak menyimpan satu ketidakpuasan
pada pihak yang lain....
walhal mulanya bende tu kecik lah bebeno.. bile simpan,simpan dan simpan
ditambah pula dengan masalah lain, so bende jadi berkait...
akhirnya masalah tu bertmbah...
ha tu lah yang orang sebut.. "bende kecik je"... tapi apa yang tak setle lagi ni ??
sebabnya adalah, bende tersimpan,
atau erti kata lain yang dalam istilah "finance" TUNGGAKKAN.. hahaha..

cth: bil api bile tak bayo sebulan. akan di carry foward kebulan depan, dan bila makan berbulan-bulan ta bayo.. ha kan kene potong letrik.... HAMBIK kau.. mule2 kecik je... lame2 besau....

AHAHAHA

so, sebenarnye kena gentle tok berhadapan... jangan cter blakang...
bile A cter kat B, b sampaikan pada C, belom tentu apa yang B dengar dari A sume akan di ceritakan sebijik kan ??
so, bende akan jadi mitos dalam kite tak perasan....... mungkin kita rasa pendengaran kita cukup tajam untuk mendengar dalam segala hal, tapi belum tentu pehaman kita cukup kuat untuk adaptasikan ape yang kite dengar.........
bukan mudah untuk mendengar, memahami dan melakukan dalam satu masa.... so, what should we do adalah, just listen AND take it away,,, takyah lah jadi BATU API, atau MULUT tempayan.... eh yeke ?? ahahaa

payah wei bende bile dah jadi COMPLEX... nak stle...eh lagi lah malas nak involve bile kita dalam keadaan ada komitmen lain untuk dibuat..... urghhh......
bile tak setlekan, dalm mase yang same akan membuatkan ak involve tanpa sengaja.... dan bende akan berpanjangan sampai hujung waktu....eh ?? macam lagu dah ni ?
(boleh tuju lagu ??) hahaha..

so, saranan ??
mungkin kene cube walupun tak banyak untuk menyempitkan diri dalam masalah ni... hahaha

wish me luck WEI !!!! tak setle samapai mampus tak balik desa RHU !!! AHAHAHA

i love both of THEM !!!



HYE !!!

lamo na tak update ha.. BZ lah sgt.. hahah padaham pemals wey....

ALASAN:
(line tak laju, BUSY, penat, takde idea)
sebenarnye MALAS !!! hahahha