BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......

02 March 2013

lunasan PENDAPAT (cont)

semakin lama semakin ketandusan idea ?? mustahil.. cuma MALAS yang meliputi diri... stiap hari ada saja perlakuan yang berlainan cara dan pesen... pesen budak2 sekarang adalah seperti yang biasa dilihat sekarang... namun Alhamdulillah ada yang akan tersedar dan ada yang teruskan semacammana mereka...
namun... manusia ada zaman dan cara masing2... lahirnya seseorang, seperti semua bayi biasa... menangis dan meronta untuk dilayan dan dikendong.... agak kesian bila dilihat sesetengah nasib si bayi yang dilahirkan dilorong-lorong atau ditempat yang sepatutnya dinamakan TEMPAT LAHIR dalam "penyataan borang".. namun itulah hakikat... satiap angkara akan berlaku dan pasti akan tetap berlaku.. cuma yang membezakan adalah zaman, dan perkembangan arus kemodenan...

bila sampai ke satu tahap si bayi meningkat ke alam kanak-kanak.. disitu akan tercetus idea dari ibu bapa atau penjaga untuk mendidik dan memupuk jalan mana untuk seorang kanak2 contohkan... namun.. kesian untuk mereka yang dipupuk dengan cara yang salah atau erti kata lain jahil... akan tetapi.. bukan ibu bapa atau penjaga yang harus dipersalahkan... kerana mungkin zaman mereka juga senasib dengan sikanak2 ini....  mungkin juga "parents"/ penjaga kepada ibu bapa/penjaga kepada kanak2 ini juga senasib begitu...

maka atas dasar itulah yang diwasiatkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W untuk terus mengajak dan mendakwah pada mereka yang kurang ilmu atau jahil tentang agama... ISLAM untuk semua.. bukan untuk hanya yang dihantar keSANA, atau yang datang BEJEMAAH... selagi seseorang itu adalah sebagai manusia yang kita boleh sentuh dan lihat... maka WAJIB bagi kita mencontohi islam kepada mereka-mereka yang kekurangan... bukan disisihkan atau dicela, atau di berikan tidakan-tindakan yang tidak sewajarnya sebagai seorang PEMBIMBING... maka manusia saling memerlukan untuk sama-sama memenuhi ruang2 di syurga Allah... bila kita semakin berjihad untuk memperkembangkan agama Allah dengan tahan segala noda yang bakal diterima.. semakin Allah pandang usaha kita.. dengan niat... ikhlas kerana menyambung kerja-kerja nabi atas kerisauan UMATNYA....

bukan semua orang akan Allah taburkan hidayah terus kepada seseorang secara direct.. ada juga Allah hantar seseorang untuk mentarbiah seseorang yang lain untuk diberi ruang berfikir agar Allah taburkan hidayah kepadanya... jika seseorang laksanakan dengan pelajari agama dan untuk menyampaikan agama.. tabik SPRING selayaknya kepada seseorang itu... kerana menjalankan amanat sesuai dengan yang perlu dicontohi... Allah menurunkan berlainan nasib kepada setiap orang...

YES!! memang betul jika seseorang nakkan agama.. maka berusahalah untuk itu... dan betul Allah takkan mengubah nasib seseorang jika seseorang itu tidak usaha untuk mengubah nasibnya sendiri....
Akan TETAPI... bukan semua orang yang baik adalah betul2 baik... cuma Allah tidak beri peluang untuknya melakukan keburukan... dan untuk diterjemahkan pula... setiap orang akan menjadi sepertimana sesebuah komuniti itu terbina...

CONTOH: seorang anak cina dilahirkan dan diambil oleh keluarga muslim... disebabkan keluarga itu muslim, maka anak itu akan menjadi seseorang yang mengikut kepada keluarga itu...

kita keluar sedikit... berbalik dari kisah2 dan punca dari pembentukan keluarga... jika keluarga itu biasa2 je... dan duduk dikalangan orang biasa-biasa je... dan pulak duduk ditaman yang biasa-biasa je.. dan duduk plak dalam daerah yang biasa-biasa je... dan mungkin... mungkin ok duduk di negeri yang biasa-biasa je... bagaimana untuk dia tahu tentang islam seluruhnya ?? ya mungkin ada you tube, ada tv al hijrah, dan ada pak sheikh yang ramai... namun adakah mereka akan datang untuk berjumpa dan melihat semua itu ?? belum tentu.. bila seseorang tidak mengamalkan islam seluruhnya hatinya akan mati dan iblis akan terus menundukkan mereka.... bukan Allah tidak membantu.. akan tetapi Allah telahpun melepaskan IBLIS hingga ke hari kiamat untuk tujuan itu... makanya apa yang Allah pandang ?? Allah pandang pada usaha mereka yang HEBAT, ALIM dan mereka yang BIJAK untuk pergi mencari yang terus menterjemahkan tanpa rasa jemu.. pupukkan nilai islam disesebuah tempat yang dirasakan mati nilai islamnya...

KERANA APA kita perlu buat KERANA BAGINDA NABI sendiri keluar ke berhijrah kenegeri yang belum diterima islam seluruhnya untuk mengajar dan mengajak sama-sama hidup dalam suasana ISLAM... dan RASULULLAH pulang dengan membawa jemaah MADINAH untuk membentuk masyarakat MAKKAH dan untuk terima islam dan SEBARKAN ISLAM dihati mereka...

soo.. siapakah kita untuk tidak lakukan berbanding Rasulullah yang bersifat maksum ?? NABI MUHAMMAD disuruh oleh Allah maka dia melakukan... KITA pula disuruh oleh Allah dan disuruh oleh RASULULLAH.. tapi kita mengabaikan.. hanya sendirian...

HOHOHO... mungkin sesetengah orang yang membaca akan terpangil satu ayat untuk menyatakan..
budak ni tabligh lah ni... jemaah tabligh lah ni.... ahahaa

bukan untuk memujuk dan mengajak sesiapa untuk masuk kedalam komuniti mana pon.... namun.. slagi kita ISLAM dan berpegang pada AHLI SUNNAH WALJAMAAH... maka WAJIBLAH untuk kita bertabligh.... tabligh itu sendri dalam bahasa melayu bermaksud "menyampaikan" dan itu adalah satu sifat nabi... dan mungkin antara kita pernah terbaca satu hadith nabi... "SAMPAIKAN DARIKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT" tidak kisah dikomuniti mana pun kita... selagi berpandukan pada pegangan AHLI SUNNAH WALJAMAAH... maka kita kena sama-sama bertegur sapa dan sama membimbing dan memperingati... tak kesah komuniti apa yang ingin dibina.. selagi bertepatan dengan syarak dan dibimbing oleh guru yang betul.. maka ikutlah dan bukan bererti bersengketa dengan komuniti yang lain... kerana masing2 sama haluan untuk mencapai tahap redho dari Allah... bila ada perselisihan pendapat bermuzakarahlah cara aman (berpandukan Alquran dan Assunnah) dan terapkan Allah dalam stiap orang pasti terlepas dari persengketaan.. kerana persengketaan berpunca dari IBLIS dan IBLIS sangat gentar dengan Allah... sedangkan pengasas kepada Empat mazhab bagi umat islam pon terus  berguru sesama sendiri walaupun mereka adalah tonggak utama kepada penyebaran islam dalam membentuk kelompok islam majmuk selepas kewafatan nabi...





 

berusaha untuk menjaga KEWAJIPAN diikuti dengan SUNNAH RASULULLAH... inshaAllah hati akan tenang dan terhindar perkara yang mungkar.. dengan niat ikhlas beserta istiqamah dalam taat...

semoga kita tergolong dikalangan yang satu yang nabi pesankan... yakni sabda nabi...
"akan terpecah umatku kepada 73 golongan selepas kewafatanku.. hanya 1 dijanjikan syurga tanpa hisab... "

yang kafir pastinya terhindar dari syurga.. yang 72 tu pula masih lagi islam, dan masih lagi hebat iman mereka, para alim, para sheikh.. hanya amalan yang membezakan kita dan mereka.... mungkinkah kita digolongan 1,2,3,4.... atau 72 atau mungkin 73... hanya Allah dan RasulNya lebih mengetahui.... JAZAKALLAHUHAIRAN.... ^_^

No comments:

Post a Comment