BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......

22 June 2012

Mengejar KEPUASAN dahulu baru BERUBAH ??

kadang-kadang aku tertanya... kenapa seseorang muslim itu TAHU dan sangat MENGETAHUI tentang segala aspek yang dikehendaki oleh Islam.. latar belakang mereka tidak kurang hebatnya... bekas2 institut pengajian islam.. mereka faham dan mereka sangat faham sejelas-jelasnya hingga boleh menafsir segala aspek dalam syariat islam... adapun yang tidak hebat antara mereka, mereka masih tahu dan masih ingin mengetahui...

TAPI..
                   mereka tidak amal semoleknya.... kadang2 aku rasa rendah diri dengan kehebatan dan kelebihan yang Allah beri pada mereka.. mungkin aku tidak berpeluang seperti mereka dan kini aku cuba untuk meggali dan mencari pengertian hidup yang Allah beri pada setiap makhluk dimuka bumi ini... walaupun tidak sepenuhnya tapi aku still mencuba... Allah lebih mengetahui apa yang diniatkan..

ada pula segelintir manusia yang masih mengambil tahu tapi tidak kuat untuk berubah... MENGAPA ?? mungkin kerana ini lah DUGAAN HIDUP dan CABARAN dalam kehidupan... dan ingin mencari KEPUASAN HIDUP ?? kepuasan bagaimana ??
Allah berikan segalanya kepada hambanya... maka kita yang pilih dan kita yang tentukan corak dan jalannya... kerana segalanya ada didepan mata... untuk masa kini yang semakin menebal dengan arus kemodenan, manusia kebanyakannya ingin mencuba segalanya dan tidak ingin terlepas segalanya..

SUME BESTT!!! "RUGI LAH kalau tak TRY!!" kerana apa yang ada semua NYATA didepan mata... so manusia jadi hanyut dengan apa yang BAIK depan mata... NAFSU menyelah, SYAITAN berkuasa... maka manusia jadi lemah untuk menilai... "PAHALA?? , DOSA ??" bukan aku nampak pon.."

"PEREMPUAN?? PEGANG-PEGANG ???, CIUM-CIUM?? , DUIT ???, FESYEN ???, KECANTIKAN??, KERETA MEWAH??, IPAD 2?? dan lain2?? , sume terhidang depan mata brader.. pilih dan sapu je... kalau tak amek dan kejar melepas bro,sist... mane nak cari lagi...

                           TUTUP AURAT ?? , SOLAT ??, BACA QURAN???, 

 "alah, bile2 boleh buat nak ngan taknak je bro, sist..... 
BILA-BILA ?? ok fine, 

 haaaaa... ini lah jadi persoalannya... NAK dan TAKNAK ??? hahaha... heboh kat dunia cakap hebat, kecoh cakap senang je, mudah cakap bile2 boleh buat...  TAPI BILA ???

               orang yang betul2 hebat bukanlah orang yang KAYA, BERKUASA, SRAIGHT A'S SPM, 4 FLAT DIPLOMA, FIRST DGREE, MASTER'S. PHD... belum TENTU hebatnya jika dia boleh melakukan satu benda ni.. iaitu..

            mengatakan TAKNAK kepada yang mungkar, dan mudah mengatakan NAK untuk segala kebaikan....

aku masih mencuba dan terus mencuba dan mencari teman untuk menjadi seorang yang mudah mengatakan TAKNAK itu... kaji  balik kenapa kita sebagai umat ISLAM yang berketurunan ISLAM, yang lahir sahaja ISLAM, dalam I/C ISLAM ditiupkan roh dan diberi penghidupan dimuka bumi Allah ini...

INGATLAH! SEGALA PENAT LELAH YANG KITA LAKUKAN, PENGHABISAN TENAGA, WANG, HARTA, PENGORBANAN, BERJALAN, BERMUSAFIR, MAKAN MINUM YANG DILAKUKAN KERANA ALLAH, ADALAH IBADAH!! SEKECIL-KECIL SEHINGGLAH SEBESAR-BESARNYA.

Itu lah antara isi kandungan yang memetik tentang hakikat sebenar hidup manusia ini, terutama sekali yang beragama Islam, agama paling benar dan teratas sekali.

Apabila manusia hanya melaksanakan ibadah asas / ritual semata-mata, maka jadilah ia umpama binatang yang hanya mengikut arahan tuannya tanpa mengerti apa sebab tuannya memerintahkan begitu. Kerana haiwan tiada aqal!

Jika manusia tidak memikirkan bahawa perintah Allah itu adalah bersebab, maka ia lebih teruk dari haiwan! Sebab ada akal tak guna untuk memikirkan semua itu.

Tujuan kita hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah. Bukan merosakkan kehidupan ini dengan hawa nafsu sendiri.

Firman Allah:"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku' (surah51:ayat56).

faham ke maksud ayat ini? kalau tak faham belajar la kitab...bila malas belajar itu la jadinya..Islam Hadhari.. ^_^

Maksud menyembah itu dalam ertinya, bukan erti sujud semata-mata..tetapi dari bangun tidur sampai tidur semula...makan minum kerja bergaul semua ikut aturan Allah... that it... Allah yang bagi kita hidup, so DIA BOSS di alam semesta.. IKUT saja arahan.. KITA takut lambat pergi kerja sebab kita NAMPAK BOSS akan marah... tapi Allah akan murka dalam kita tidak nampak.. kemurkaanNYA dikumpul melalui dosa, dan akan di adili setelah kiamat.. tapi sok dalam kubur pon dah kene siksa.. itu lah gelaran penjara sebelum masuk court..

No comments:

Post a Comment