BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......

28 June 2012

PENGHUKUM dan PENILAI

                       jadilah seorang penghukum yang bijak menilai

penghukum : kau tengok tu, dengar ceramah bukan main lagi, tengok ustaz       azhar lah, ustaz don lah kat youtube. bace status baik2 "like" je yang lebih.. buatnye tidak... tapi perangai macam tu jugak... kalau esok mati camne ? kan tak sempat taubat. kena paksa diri lah kalau nak berubah.. bukan tengok je...

penilai : sabar lah sahabat... esy kau ni, kau tu pon kalau nak kereta kau TIP TOP saing2 EVO pon ambil masa kan nak buatkan... macam tu lah manusia.. itu pon kita dah patut bersyukur tau sebab Allah masih sayang dan perihatin pada dia serta bukakan pintu hati dia untuk mendengar ceramah tu... dan mungkin Allah masih beri dia peluang untuk berubah dan memilih.. try to be "khusnuzon" lah bro.... dan itu bermakna masih ada iman dalam diri dia cuma tak dicungkil dan tak tahu macam mana nak untuk kearah tu... sepatutnya orang macam kau ni lah yang patu bimbing orang macam tu.. ni tak.. lagi nak menjatuhkan... eh bro, come on lah, takkan nak masuk syurga sorang2 kot.. lagi ramai umat Rasulullah yang masuk lagi lah happening... syurga Allah kan luas bro.... besar pahala kau tau kalau kau dapat bantu dia..

penghukum : Eh dia nak berubah, so dia lah kene cari guru... takkan guru cari anak murid plak..

penilai : owhh.. macam tu plak ?? abes kalau macam tu masa zaman rasulullah dulu, baik baginda duduk je kat mekah.. tak payah penat2 pergi madinah dan sebarkan islam kat sana... Rasulullah dah tentu2 lah dijamin syurga, so buat apa nak penat2 behijrah kan... "sape nak meh jumpa aku, taknak sudah lah... korang yang rugi bukan aku.. " macam tu ke ?

penghukum : err.. Rasulullah lain..

penasihat : Takde yang lain.. kita ni dah diamanahkan dan sememangnya umat Rasulullah memang dilahirkan sebagai khalifah dan kita ni penyambung apa yang Rasulullah tinggalkan..saling beringat pada yang lupa, saling menambah apa yang kurang dan kita kena sampaikan sampai bila-bila pon walaupun Rasulullah dah takde pada zaman kita ni bro... pasti Rasullah gembira bila melihat kita bersungguh-sungguh menyambung perjuangan baginda... inshaAllah baginda beri syafaat kerana tanda kita kasih dan setia dengan apa yang Rasulullah tinggalkan... walaupun siket kita tahu, tak salah kita sampaikan dari ia lupa begitu saja.. kita kena saling ingat mengingati... kau salah ak tegur, ak salah kau tegur... so masing2 kena ada sifat istiqamah bila ditegur iaitu berlapang dada..

penghukum : hurm yelah...

penilai : kita sama-sama doakan yang terbaik untuk dia didunia dan akhirat.. kita beri dia masa dan kita bimbing walupun kita tidak sehebat para ulama' sekurang-kurangnya kita berusaha dan bercita-cita untuk sehebat mereka... :D

*nukilanku atas kebenaran pengalamanku... tidakku hebat  namun aku berusaha untuk hebat dalam beristiqamah... mohon didoakan untuk dipermudahkan.. Jazakallah...










No comments:

Post a Comment